Sabah Negeri Di Bawah Bayu atau di dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi Sabah Land Below The Wind dinamakan mengikut tulisan buku oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat bernama Agnes Keith.
Agnes yang pada waktu zaman sebelum Perang Dunia Ke II menjelajah hampir ke seluruh Utara Borneo kerana minatnya untuk mengetahui tentang sosio-budaya masyarakat pribumi di seluruh Sabah ataupun dikenali juga sebagai Borneo Utara.
Beliau telah mengabadikan kenangan beliau terhadap Sabah dengan menerbitkan buku bertajuk The Land Below The Wind ketika siri Perang Dunia Ke II dan juga sebuah buku yang bertajuk The White Man Return ketika era selepas Perang Dunia Ke II.
Kembalinya Inggeris ke Borneo Utara pada waktu itu merupakan titik permulaan kepada tuntutan kemerdekaan Borneo Utara agar menjadi sebuah negara yang mempunyai autonomi sendiri.
Atas persetujuan beberapa orang pemimpin tempatan dari Tanah Melayu, Singapura, dan Sarawak, akhirnya Borneo Utara bersetuju untuk bergabung membentuk satu Kesatuan yang dinamakan Malaysia dan juga nama Borneo Utara ditukar kepada Sabah sehinggalah ke hari ini.